Terma Dan Syarat Homestay
1. Bayaran deposit melalui (bank in/ cash deposit) dan baki bayaran boleh dibuat secara tunai sewaktu Check in.
2. Bayaran tempahan tidak akan
dipulangkan jika tempahan dibatalkan.
3. Masa Masuk adalah 2.00 petang dan
keluar 12.00 Tengahari.
4. Memasak dilarang kecuali
menggunakan peralatan elektrik yang disediakan.
5. Keselamatan penghuni dan barangan
mereka adalah penting. Oleh itu penghuni dinasihatkan:
a. Tidak membawa barangan berharga
bersama.
b. Memastikan semua pintu dan
tingkap ditutup/kunci bila meninggalkan rumah atau tidur waktu siang dan malam.
c. Semua suis elektrik dipadam
selepas digunakan. Adalah amat digalakkan supaya menutup kipas dan pendingin
hawa bila meninggalkan rumah.
Pihak pengurusan De Selesa Homestay
tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan, kerosakan, kecederaan tubuh badan
atau kehilangan nyawa penyewa dan penghuni atau tetamu mereka dan harta benda
masing-masing kerana kelalaian mereka atau keadaan di luar kawalan pihak
pengurusan.
Keselesaan anda keutamaan kami.
Sekian, terima kasih. :)
0 comments:
Post a Comment