Tuesday 16 June 2015

Tip melancong Untuk Anda : Sedia hadapi bencana yang tidak di duga

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar anda hari ini? Semoga anda dan keluarga sihat dalam menempuh kehidupan seharian.

Seperti yang anda sedia maklum, Gempa bumi, kebakaran, tsunami atau taufan antara bencana yang berlaku tanpa diduga. Ini yang sering kita fikirkan ketika untuk bercuti. Tetapi, apabila mengunjungi destinasi yang terdedah kepada beberapa jenis bencana, kita sebenarnya mengambil beberapa risiko.
Kita mungkin tidak dapat mengetahui bila ia akan berlaku tetapi dapat mempersiapkan diri dengan membawa keperluan yang boleh digunakan apabila berlaku bencana terbabit. 

Berikut beberapa tips dan panduan yang  yang boleh membantu anda ketika dalam perjalanan atau selepas bencana. 

• Wisel 

Tip melancong Untuk Anda : Sedia hadapi bencana yang tidak di duga


Alat ini adalah sesuatu yang sangat penting terutama di kawasan-kawasan yang sering dilanda gempa bumi. Wisel membantu pasukan penyelamat mencari anda jika terperangkap di dalam bangunan atau di bawah runtuhan selepas bencana.

Bunyi nyaring wisel lebih mudah dikesan daripada suara manusia dan ia alat yang amat diperlukan apabila dehidrasi selepas ke­upayaan anda tiada untuk menjerit.

Kegunaan lain ketika melancong ialah sebagai keselamatan peribadi jika anda berjalan bersendirian atau pada waktu malam atau terpisah daripada kumpulan.



• Peti kecemasan 

Kekal sihat selepas berlakunya bencana adalah sesuatu yang mustahil dan ini bermakna akan ada kecenderungan untuk mendapat cedera ringan.

Peralatan asas untuk membantu jika anda cedera ringan seperti pad pembalut beralkohol, antibiotik paket kecil dan pembalut boleh membantu untuk menghindari daripada luka anda dijangkiti. Tambahan pula, dengan saiz yang kecil, ia mudah di bawa dan tidak mengambil ruang dalam beg.

Kegunaan lain ketika melancong ialah merawat calar, gigitan pepijat atau membantu orang yang tidak dikenali yang memerlukan pertolongan segera.


• Lampu suluh

Dalam bencana alam, ketiadaan bekalan elektrik adalah perkara pertama yang berlaku. Justeru, ketika dalam bangunan atau di dalam kereta api bawah tanah, anda mungkin memerlukan sumber cahaya untuk membantu mencari jalan keluar.

Justeru, membawa lampu suluh adalah sangat membantu dalam hal seperti ini. Untuk menyenangkan anda, pilih yang bersaiz kecil berlampu LED dengan ketahanan bateri yang panjang dan lampu lebih terang.

Kegunaan lain ketika melancong ialah ia memudahkan anda mencari jalan kembali ke khemah selepas tengah malam, ke tandas atau sebagai pemandu arah di laluan tidak terang.


• Topeng habuk

Habuk daripada runtuhan boleh menyebabkan masalah pernafasan jangka pendek dan isu-isu kesihatan jangka panjang. Walaupun topeng habuk tidak menapis semua habuk, ia memberikan perlindungan terhadap zarah lebih besar yang diterbangkan di udara.

Anda nyata boleh menjaga kesihatan dan keselamatan dengan topeng habuk ini. Dengan saiz topeng habuk yang kecil dan ringan, anda boleh membawa beberapa topeng bersama untuk diberikan kepada rakan-rakan.

Kegunaan lain ketika melancong ialah bagi me­ngelak dari rasa sejuk ketika di dalam kapal terbang atau perlindungan kepada habuk daripada ribut.


• Makanan

Selepas bencana, bekalan makanan sering berkurangan. Jadi, simpan snek berprotein tinggi di bahagian bawah beg dan ia membantu mengekalkan tenaga lebih lama.

Makanan seperti bar kesihatan atau kekacang adalah yang paling mudah tetapi pilih yang tidak mudah rosak semasa dalam perjalanan.

Kegunaan lain ketika melancong ialah membantu apabila lapar di tengah jalan apatah lagi ketika itu sukar mendapatkan kedai makan atau makanan halal.


• Air

Air bersih adalah salah satu perkara yang paling penting dan harus dimiliki selepas bencana. Untuk persediaan, beli botol air yang boleh digunakan semula dan isi setiap pagi.

Untuk memudahkan anda membawa ke mana saja, pilih botol bersaiz kecil yang tidak mengambil banyak ruang di dalam beg.

Kegunaan lain ketika melancong ialah ia boleh mencegah anda dari dehidrasi sambil menjimatkan wang dan membantu saat sukar untuk mendapatkan sumber air ketika dalam perjalanan.


• Pengecas Lebih

Mengecas telefon memerlukan kedua-duanya iaitu elektrik dan akses kepada soket, dua syarat yang boleh menjadi sukar untuk ditemui selepas bencana besar.

Justeru, dalam situasi bencana, bawa bateri lebih yang kecil atau pe­ngecas solar untuk memanjangkan hayat telefon bimbit anda.

Pililah pengecas yang sekecil tiub gincu atau memilih untuk membawa pengecas solar sedikit lebih besar tetapi menggunakan kuasa matahari.

Walaupun sistem telefon dan wifi yang tidak baik, ia membantu anda untuk menggunakan telefon sebagai lampu suluh, dokumentasi dan mengakses aplikasi yang direka untuk membantu dalam kecemasan.

Kegunaan lain ketika melancong ialah ia membantu anda untuk terus berhubung melalui aplikasi, peta, media sosial, e-mel dan telefon, apabila bateri telefon semakin berkurangan.

SUMBER : http://www.hmetro.com.my/

Share :

1 comments:

Kena sentiasa beringat kan. Kadangkala bila terlalu seronok kita lupa bahaya yg mungkin menimpa.

Post a Comment

Berinteraksi Dengan Kami