Tuesday 16 June 2015

Petua Tradisional Untuk Mengurangkan Masalah Kuning Bayi Baru Lahir

Petua Tradisional Untuk Mengurangkan Masalah Kuning Bayi Baru Lahir






Pasti ramai pernah mendengar pelbagai petua tradisional untuk mengurangkan masalah kuning pada bayi baru lahir.


Antara yang menjadi ikutan termasuk pemberian susu kambing kepada bayi selain bayi berjemur di bawah cahaya matahari serta mandi dengan air kunyit atau herba.



Bagaimanapun, tahukah anda ia mungkin boleh me­nyebabkan keadaan lebih memudaratkan terutama kepada bayi terbabit?


Perunding Pediatrik dan Neonatalogis Pusat Perubatan Tropicana (TMC),

Dr Anushree Narayanan berkata, penyakit kuning atau jaundis neonatal biasanya menyerang bayi pada minggu pertama kelahirannya.
Ia berlaku apabila kulit bayi menjadi kuning disebab­kan peningkatan aras bilirubin dalam darah.

Ini disebabkan sel hati bayi yang baru lahir ­masih belum matang dan tidak mampu memproses sel darah merah yang pecah dengan cepat.

Ini menyebabkan lebih banyak bilirubin terapung dalam darah dan bayi menjadi kuning.

Namun katanya, keadaan itu normal dan selepas lima hari, paras kuning akan menurun dan ‘hilang’ sepenuh­nya selepas seminggu bayi dilahirkan.

“Pemberian susu kambing kepada bayi yang dikatakan boleh mengurangkan ­penyakit kuning hanya satu tindakan yang ­membahayakan. Bayi baru lahir tidak boleh menghadam susu segar selain daripada susu ibu.

“Ini kerana organ dalamannya masih belum cukup matang untuk menerima bahan asing dan tidak boleh memprosesnya secara semula jadi,” katanya.

Justeru, cara paling mujarab untuk mengurangkan penyakit kuning bayi adalah si ibu diminta menyusukan bayi mereka sekerap mungkin.

Lebihan kandungan bilirubin dalam badan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkirkan melalui pembuangan najis dan air kencing.

Bagaimanapun, jika paras kuning itu semakin teruk terutama selepas lima hari bayi dilahirkan atau aras bilirubin mening­kat dengan mendadak pada 
awal ­kelahiran, ia boleh berpunca daripada pelbagai faktor.

Antaranya, bayi terbabit mengalami G6PD atau Glucose-6-phosphate dehydrogenase yang boleh menyebab­kan peningkatan bilirubin dalam darah bayi.

G-6-P adalah enzim dalam sel darah merah untuk memastikan sel itu tidak mudah pecah.

Namun, kekurangan enzim berkenaan dalam sel itu menyebabkan lebih banyak sel darah merah pecah, seterusnya menyebabkan bayi menjadi kuning.

Bayi yang mengalami gabungan jaundis biasa dan juga G6PD berhadapan risiko jaundis sebanyak dua kali ganda dan tempoh ‘kewujudannya’ agak lama berbanding biasa.

Kebiasaannya keadaan disebabkan faktor genetik ini berlaku kepada bayi lelaki dan jarang sekali menyerang bayi perempuan.

“Malah, keadaan ini lebih banyak berlaku dalam kalangan bayi kaum Melayu dan Cina. Selain itu, tahap jaundisnya lebih agresif berbanding biasa.

“Oleh itu, pemantauan khusus perlu diberikan untuk mengelakkan penyakit kuning berlarutan kerana ia amat memudaratkan bayi terbabit,” katanya.


Perkara perlu dielakkan bagi bayi yang mengalami G6PD:
  • Kacang parang.


  • Naphthalene (ubat gegat).


  • Antibiotik (terdapat sesetengah antibiotik yang boleh memberi kesan kepada bayi G6PD).



Antara faktor lain menyebab­kan sel darah merah bayi pecah dengan mendadak:

  • Bayi lahir pramatang.


  • Perbezaan kumpulan darah bayi dan ibu menyebabkan lebih banyak sel darah merah bayi pecah terutama jika darah si ibu kumpulan O positif dan darah bayi A atau B.


  • Ini kerana terdapat protein dalam darah ibu yang masih ada dalam badan bayi yang mengakibatkan sel darah merah bayi pecah.

  • Jangkitan.


  • Beberapa penyakit keturunan.


  • Pengambilan ubat oleh ibu ketika hamil.


  • Masalah penyakit yang membabitkan hati dan masalah tiroid pula boleh menyebabkan kuning berpanjangan iaitu lebih 10 hari.


  • Bayi yang kurang menyusu juga berisiko mengalami penyakit kuning.



Bacaan aras bilirubin yang perlu diberi perhatian:

  • Berlaku dalam masa kurang 24 jam apabila bacaan aras bilirubin badan lebih 90.


  • Berlaku dalam masa 24 jam hingga 48 jam apabila bacaan aras bilirubin badan lebih 160.


  • 48 jam hingga lima hari apabila bacaan aras bilirubin badan lebih 220.


  • Lebih lima hari apabila bacaan aras bilirubin badan lebih 300.



Cara untuk menurunkan penyakit kuning:

  • Pastikan bayi menyusu susu ibu sekerap mungkin.


  • Menjalani fototerapi.


  • Boleh menjemur bayi di bawah sinaran cahaya matahari (tetapi ia hanya memberikan kadar sinaran lima peratus hingga 10 peratus saja dan tidak mencukupi untuk bayi jaundis).


  • Ibu tidak digalakkan mengambil jamu sepanjang proses berpantang untuk mengelakkan penyakit kuning bayi semakin melarat.



Menurut beliau, rawatan perlu dimulakan serta-merta jika paras kuning melebihi paras normal, bergantung pada keadaan bayi.

Jika aras bacaan itu tinggi, rawatan fototerapi akan dimulakan. Bayi akan diletakkan di bawah lampu mengandungi sinaran yang menukarkan bilirubin kepada bentuk yang mudah larut dan dikeluarkan daripada badan melalui najis dan air kencing bayi.

Ia bertujuan mencegah kerosakan otak akibat kesan toksik bilirubin pada otak bayi. Selain itu, bayi terbabit boleh mengalami cacat kekal termasuk kejang seluruh anggota badan dan sawan serta gangguan pendengaran.

“Bagaimanapun, bayi tidak perlu diberikan air masak semata-mata untuk mengelakkannya mengalami kekeringan kerana ia boleh menyebabkan risiko alahan.

“Cukup sekadar memberikannya susu ibu, namun ia perlu dilakukan secara kerap,” katanya.


kredit harian metro

Share :

5 comments:

Terima kasih kerana berkongsi informasi.

Anak kami last year pun kena jaundice,,,baru lahir jaundice reading lebih kurang 280, doctor suruh masuk wad. Memang pening, isteri baru bersalin dah kena masuk wad. NAsib baik ada kawan baritahu ada website (http://www.hometherapyy.com) tel : 0123404007 menawarkan khidmat menyewa mesin LED PHOTOTHERAPY. Kami buat rawatan kat rumah…selesa dan selesai masalah. Lepas 3 hari turun to normal 150….ALHAMDULILAH . Kemudahan TUHAN bagi dengan teknologi sekarang dapat membantu mereka yang memerlukan dan selamat

Terima kasih kerana berkongsi informasi.

Anak kami last year pun kena jaundice,,,baru lahir jaundice reading lebih kurang 280, doctor suruh masuk wad. Memang pening, isteri baru bersalin dah kena masuk wad. NAsib baik ada kawan baritahu ada website (http://www.hometherapyy.com) tel : 0123404007 menawarkan khidmat menyewa mesin LED PHOTOTHERAPY. Kami buat rawatan kat rumah…selesa dan selesai masalah. Lepas 3 hari turun to normal 150….ALHAMDULILAH . Kemudahan TUHAN bagi dengan teknologi sekarang dapat membantu mereka yang memerlukan dan selamat

This comment has been removed by the author.

Boleh cuba fototerapi di rumah 0179612714

Boleh sy tahu kat mana nak sewa n berapa range harga?

Post a Comment

Berinteraksi Dengan Kami