8 Tempat Menarik Di Sungai Petani Kedah Wajib Dikunjungi
SUNGAI PETANI adalah bandar kedua terbesar di Kedah selepas Alor Setar. Pembangunan pesat di sini seiring dengan prospek pelancongan yang ada di bandar ini.
Bagi anda yang mahu berkunjung ke Kedah, di sini saya senaraikan 8 Tempat Menarik Di Sungai Petani Kedah untuk tatapan anda. De Selesa Homestay Sungai Petani menyediakan kemudahan penginapan yang sangat selesa & strategik untuk anda menerokai keindahan Negeri Kedah dengan terbentangnya sawah padi menghijau.
Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa antara empat hingga lima jam ke De Selesa Homestay Sungai Petani. Menyeberangi Sungai Muda yang memisahkan Seberang Perai, Pulau Pinang dan Kedah, anda dihidangkan dengan hamparan sawah padi yang cantik dan luas.
Pembangunan pesat bandar Sungai Petani menyaksikan taman perumahan tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Malah, penduduk dari luar Sungai Petani berhijrah ke sini untuk mencari pekerjaan terutama dalam sektor perindustrian di Bakar Arang dan Sungai Lalang.
Jika anda mahu mencari makanan, sebut apa saja, daripada Laksa, mihun sup, nasi kerabu, cucur udang, nasi kandar, mi rebus, ikan bakar, cendol, bihun sup dan nasi kampung yang pasti membuatkan anda kecur air liur. Mungkin anda tidak percaya, tetapi bandar ini mempunyai lebih 10 restoran nasi kandar yang turut mendapat sambutan penduduk luar.
Berkunjung ke Tempat Menarik di Sungai Petani Kedah tidak sah jika tidak mengunjungi jam besar di Jalan Ibrahim. Ia adalah mercu tanda bandar itu dan berdiri gagah selepas puluhan tahun untuk menyimpan segala sejarah suka duka bandar berkenaan.
Gabungan tempat bersejarah, pantai, perkampungan nelayan, sawah padi dan taman tema, menjadikan Sungai Petani adalah tempat yang perlu dikunjungi jika datang ke Kedah.

Jom melancong di Sungai Petani!!
Pantai Merdeka
Tempat menarik di Sungai Petani Kedah yang pertama adalah Pantai Merdeka. Dari Delesa Homestay Sungai Petani ke Pantai Merdeka mengambil masa kira-kira 20 minit perjalanan. Perjalanan menaiki kenderaan sendiri ke pantai ini mesti melalui Jalan Persekutuan Laluan Butterworth. Pelancong perlu melalui pekan Tikam Batu dan seterusnya pekan Kota Kuala Muda sebelum tiba di Pantai Merdeka. Pantai ini juga mudah dilawati dengan menaiki bas dari Stesen Bas Sungai Petani.
Sila naik bas City Liner bernombor 26 untuk perjalanan yang mudah dan selesa. Terdapat kemudahan perhentian bas, chalet, tandas awam, medan selera dan gerai-gerai jualan. Pantai Merdeka menawarkan kemudahan percutian untuk seisi keluarga. Pelancong boleh bermandi-manda dan berkayak di pantai ini. Terdapat perkhidmatan bot untuk pelancong pergi ke Tanjung Dawai.
Taman Tema Air "The Carnivall"
Tempat menarik di Sungai Petani Kedah yang ke 2 adalah The Carnival. Dari Delesa Homestay Sungai Petani ke The Carnival taman tema air ini mengambil masa 15 minit dan ia merupakan sebuah taman tema air di Sungai Petani. Taman tema ini dibuka pada 25 Disember 2006 dan terletak kira-kira 5 km dari pusat bandar.
Sekiranya anda datang dari Lebuhraya Utara Selatan, sila keluar ikut Exit 170-Sungai Petani Utara. Sila ambil jalan ke pusat bandar dan terdapat kemudahan papan tanda jalan untuk ke taman tema ini.
Sila
layari laman web : www.thecarnivall.com
Sungai Merbok
Tempat menarik di Sungai Petani Kedah yang ke 3 adalah Sungai Merbok. Dari Delesa Homestay Sungai Petani ke Sungai Merbok mengambil masa kira-kira 15 minit. Sungai Merbok ialah sungai yang mengalir ke Selat Melaka dan mempunyai hutan paya bakau. Terdapat kemudahan pelancongan di sini.
Pelancong boleh melawat Galeri Hutan Paya Bakau dan bersiar-siar di pesisir sungai. Ada juga disediakan kemudan bot pelancong untuk mereka yang ingin menyusuri sungai ini. Anda juga boleh berehat dan menjamu selera di restoran makanan laut.
Tanjung Dawai
Tempat menarik di Sungai Petani Kedah yang ke 4 adalah Tanjung Dawai. Dari Delesa Homestay Sungai Petani ke Tanjung Dawai mengambil masa 20 minit. Tanjung Dawai adalah Sebuah
pekan kecil di barat Sungai Petani. Pekan ini merupakan sebuah perkampungan
nelayan. Hasil laut diproses di sini untuk dijadikan makanan. Pelancong boleh
mendapatkan ikan kering, ikan bilis,
ikan masin, pekasam dan
pelbagai lagi hasil makanan laut dengan harga yang berpatutan. Perkhidmatan bas
Mara Liner disediakan ke pekan ini dari bandar Sungai Petani.
Tanjung
Dawai menempatkan Kompleks Lembaga Ikan Malaysia (LKIM), arked dan jeti Tanjung
Dawai serta Medan Selera Ikan Bakar yang mampu menggamit kedatangan pelancong
dari dalam danluar negeri Kedah.
Kompleks
Lembaga Ikan Malaysia (LKIM) merupakan pusat pendaratan ikan bagi
nelayan-nelayan di Tanjung Dawai. Anda dapat melihat senario sebenar aktiviti
nelayan setempat disamping dapat membeli hidupan laut yang masih segar. Arked
Tanjung Dawai memberi kemudahan kepada pengunjung untuk membeli pelbagai produk
hidupan laut samada kering atau basah dengan tawaran harga yang berpatutan.
Jeti
Tanjung Dawai yang sentiasa dikunjungi terutamanya pada musim cuti memberi
kemudahan pengangkutan ke Pantai Merdeka yang merupakan destinasi mandi-manda
yang popular di Negeri Kedah. Bayaran yang dikenakan adalah berpatutan iaitu
sebanyak RM2.00 pergi dan balik.
Bagi
mereka yang datang bersama keluarga atau rakan taulan dapat menjamu selera di
Medan Selera Ikan Bakar yang menyajikan pelbagai juadah hidupan laut. Hati yang
resah pasti tenang di kala menjamu selera sambil menikmati pemandangan lautan
yang luas terbentang dengan disapa angin petang yang nyaman.
Lembah Bujang
Tempat menarik di Sungai Petani Kedah yang ke 5 adalah Lembah Bujang. Dari Delesa Homestay Sungai Petani ke Lembah Bujang mengambil masa 20 minit. Lembah Bujang Merupakan
tempat bersejarah kerana telah mencatatkan sejarah awal negeri Kedah Darul
Aman. Lembah Bujang kira-kira 1000 tahun lalu merupakan pusat perdagangan dan
pemerintahan Hindu-Buddha di negeri rantau Nusantara. Kawasan ini juga menerima
pengaruh Islam. Terdapat sebuah Muzium Arkeologi di sini.
Muzium
Arkeologi Lembah Bujang terletak di atas Bukit Batu Pahat yang berada 23 km
dari bandar Sungai Petani. Terletak di dalam Mukim Merbok, Daerah Kecil Merbok.
Ia adalah salah satu muzium yang mempamerkan bukti kewujudan pusat perdagangan
antarabangsa dan perkembangan ugama Hindu Buddha di Asia Tenggara pada kurun ke
3 Masehi hingga 12 Masehi.
Dibuka
secara rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman pada 23
Januari 1980 bersamaan 5 Rabiulawal 1400 Hijrah. Bahan-bahan arkeologi yang
dipamerkan di Muzium ini merupakan artifak-artifak arkeologi yang ditemui
melalui kerja-kerja penyelidikan dan ekskavasi arkeologi di tapak-tapak
arkeologi di sekitar kawasan Lembah Bujang.
Artifak arkeologi yang dipamerkan dalam Muzium ini merupakan bahan-bahan yang membuktikan bahawa Lembah Bujang merupakan pelabuhan antarabangsa dan pusat perdagangan yang telah dikunjungi oleh pedagang-pedagang yang menguasai jalan perdagangan laut antara negara-negara di timur dan barat terutama pedagang-pedagang dari China, India dan Arab di samping pedagang-pedagang Melayu dari Kepulauan Melayu yang menguasai perdagangan rempah ratus dan hasil hutan exotika untuk pasaran timur jauh sejak kurun ke 5.

Di
kawasan persekitaran Muzium Lembah Bujang ini dapat dilihat tinggalan senibina
candi-candi yang mempunyai kaitan dengan kepercayaan dan pemujaan yang dapat
membuktikan kewujudan dan kepercayaan agama Hindu/ Buddha yang menjadi amalan
sebahagian dari masyarakat yang berdagang di Lembah Bujang.
Sebuah
air terjun mengalir di tepi muzium. Jika menaiki bas, terdapat bas Mara Liner
dan City Liner berhenti di pekan Merbok. Anda boleh berjalan kaki atau menaiki
teksi ke Lembah Bujang.
Menara Jam Besar
Tempat menarik di Sungai Petani Kedah yang ke 6 adalah Jam Besar. Dari Delesa Homestay Sungai Petani ke jam besar terletak di Pusat Bandar mengambil masa 5 minit. Di pusat bandar terdapat sebuah bangunan bersejarah iaitu Jam Besar yang dibina pada tahun 1936 untuk memperingati Jubli Perak King George V dan Queen Mary.
Taman Jubli Perak
Tempat menarik di Sungai Petani Kedah yang ke 7 adalah Taman Jubli Perak. Dari Delesa Homestay Sungai Petani ke Taman Jubli Perak mengambil masa 5 minit. Taman ini dibina untuk memperingati sambutan Jubli Perak Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Kemudahan medan selera, trek joging, taman permainan, alatan sukan dan tandas awam disediakan di taman ini. Penduduk Sungai Petani menggunakan taman ini untuk aktiviti riadah pada sebelah pagi, petang atau hujung minggu.
Rekreasi Tupah
Tempat menarik di Sungai Petani Kedah yang ke 8 adalah rekreasi Tupah. Dari Delesa Homestay Sungai Petani ke Hutan Lipur Rekreasi Tupah mengambil masa 20 minit Terletak
di dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Jerai. Pusat perkelahan ini begitu popular
di kalangan penduduk di daerah ini. Ia sentiasa dikunjungi pelbagai lapisan
masyarakat terutamanya pada musim cuti sekolah.
Kemudahan
yang terdapat di pusat perkelahan ini adalah seperti surau, tandas dan gerai
makan. Terdapat juga pelbagai juadah dijual di tepi jalan. Para pengunjung
dapat bersuka ria di samping dapat melihat kehijauan flora dan fauna di kawasan
hutan simpan.
Selamat Bercuti Di Sungai Petani!
Selamat Bercuti Di Sungai Petani!
Share :
10 comments:
Cantik jugak tempat ni...nak pergi pantai merdeka la...dulu pergi 15 tahun sudah..nak bawak anak2 sekali...tq
Eee best yee...
sungai sedim slh stu tmpt menrik yg terletak d kulim kedah
satu tempat lg admin boleh tmbh. muzium paya bakau titi semeling. cantik n best. ikan bakar lg.
satu tempat lg admin boleh tmbh. muzium paya bakau titi semeling. cantik n best. ikan bakar lg.
kat perth Australia ada homestay org kita. suci dan bersih. cantik. mahira holiday homes.
contact 0123360098
Ingin berkongsi pengalaman melancong? Lawatilah
http://jomronda-mozag02.blogspot.com/
untuk melihat tip-tip melancong.
Terbaiklah homestay nie
Terbaiklah homestay nie
Banyak juga tempat menari di kedah
Post a Comment