Menurut Wikipedia Sungai Petani (singkatan: Sg. Petani atau SP) merupakan sebuah bandar yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman. Ia terletak di bahagian selatan negeri tersebut di utara Semenanjung Malaysia. Jarak bandar ini dengan Alor Setar, ibu negeri Kedah adalah kira-kira 70 km dan ia berdekatan dengan Butterworth di Pulau Pinang. Sungai Petani juga merupakan bandar perindustrian utama terbesar bagi negeri tersebut.
Politik
Dewan RakyatParlimen | Nama Kerusi | Ahli Parlimen | Parti |
---|---|---|---|
P12 | Jerai | Jamil Khir Baharom | Barisan Nasional |
P14 | Merbok | Ismail Daut | Barisan Nasional |
P15 | Sungai Petani | Johari Abdul | Pakatan Rakyat |
Dewan Undangan Negeri
Dun | Kedudukan Nama | Ahli Negeri | Parti |
---|---|---|---|
N22 | Gurun | Leong Yong Kong | Barisan Nasional |
N25 | Bukit Selambau | Krishnamoorthy a/l Rajannaidu | Pakatan Rakyat |
N26 | Tanjung Dawai | Tajul Urus Mat Zain | Barisan Nasional |
N27 | Pantai Merdeka | Ali Yahaya | Barisan Nasional |
N28 | Bakar Arang | Ooi Tze Min | Pakatan Rakyat |
N29 | Sidam | Robert Ling Kui Ee | Pakatan Rakyat |
Perbandaran dan Perumahan
Majlis Perbandaran
Bandar Sungai Petani ini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK)
Bandar Sungai Petani akan dinaik taraf sebagai bandaraya menjelang tahun 2015 menjadi Kedah antara negeri yang mempunyai dua bandaraya di Malaysia selain Selangor dan Sarawak. Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah akan ditukar kepada Majlis Bandaraya Sungai Petani.
Sektor perumahan berkembang pesat di Sungai Petani. Semenjak tahun
1990-an, bandar Sungai Petani menerima pelaburan besar oleh
syarikat-syarikat pemaju perumahan. Taman Ria, Taman Ria Jaya, Taman
Peruda, Taman Mutiara Indah, Taman Berlian merupakan perumahan terancang
yang terawal di Sungai Petani.
Menjelang tahun 1999 sehingga 2007, beberapa bandar baru dimajukan
antaranya ialah Bandar Aman Jaya, Bandar Mutiara, Bandar Puteri Jaya,
Bandar Sri Astana, Bandar Sri Cendana, Legenda Heights, Bandar Laguna
Merbok, Bandar Puteri Hill Park dan Cinta Sayang Resort Homes. Sebuah
kondominium mewah telah dibina pada tahun 2008 oleh EUPE Corporation di
dalam kawasan perumahan elit Kelab Cinta Sayang. Kondominium itu diberi
nama Sky Residences.
Kini Bandar Sungai Petani adalah kawasan perumahan terbesar di Kedah mengalahi Bandaraya Alor Setar selaku ibu negeri. Bandar ini juga adalah kawasan perindustrian terbesar disebabkan faktor bandar ini dekat dengan Bandaraya Pulau Pinang iaitu bandaraya kedua utama di Malaysia.
Populasi Penduduk
Penduduk Sungai Petani adalah terdiri daripada majoriti Melayu Cina
dan India. Sungai Petani menjadi sebuah bandar dengan keluasan bandar
ini menjadi semakin besar dengan pertambahan penduduk yang begitu
drastik sejak tahun 1990 dimana bandar ini terletak berhampiran dengan
bandar lain seperti Kulim dan Pulau Pinang.
Dengan itu ramai penduduk tinggal di sini dan bekerja di sana. Sungai
Petani adalah salah satu bandar terbesar di Kedah kerana bandar ini
mempunyai ramai penduduk disebabkan berdekatan bandar perindustrian
terbesar di utara iaitu Seberang Perai yang tidak dapat memenuhi
penduduk di sana, dan penjualan rumah yang lebih murah berbaanding
Bandaraya Alor Setar.
ia adalah sebuah bandaraya yang tanah dan lain-lainnya mahal
berbanding di Sungai Petani dan faktor sawah padi yang menyebabkan ramai
pemaju hartanah tidak berani melabur di Alor Setar. Bandar ini telah
menyaingi populasi Bandaraya Alor Setar sebagai bandar berpopulasi
tertinggi di Kedah. Statistik populasi adalah seperti berikut
Populasi = 405,789 (2009)
Bandar / Daerah | Populasi 1980 | Populasi 1990 | Populasi 2000 | Populasi 2010 |
Sungai Petani / Kuala Muda | 192,308 | 254,372 | 339,898 | 456,605 |
Bandar-bandar Baharu
Banyak bandar baru dibina untuk pembangunan penduduk yang kian bertambah dan bandar yang pesat membangun.- Bandar Aman Jaya
- Bandar Mutiara
- Bandar Puteri Jaya
- Bandar Sri Astana
- Bandar Sri Cendana
- Bandar Laguna Merbok
- Bandar Puteri Hill Park
- Legenda Heights
Pengangkutan Dan Perjalanan
Bandar Sungai Petani sangat mudah dihubungi dengan jaringan jalan raya,jalan kereta api dan laluan udara.Jalan raya
Dari ibu negara, Kuala Lumpur, perjalanan ke utara menuju Sungai Petani melalui Lebuhraya Utara-Selatan
(PLUS-E1). Jalan Persekutuan turut menghubungkan Sungai Petani dengan
beberapa bandar utama seperti Alor Setar, Butterworth dan Ipoh.
Bagaimanapun, perjalanan melalui Lebuhraya Utara Selatan lebih cepat dan
selesa.
Kereta api
Sekiranya menaiki kereta api, anda boleh turun di stesen keretapi Sungai Petani yang terletak di pusat bandar. Jajaran laluan kereta api bermula dari Padang Besar, Perlis melalui bandar seperti Alor Setar, Gurun, Sungai Petani, Bukit Mertajam, Butterworth, Taiping, Kuala Kangsar, Ipoh, Slim River, Tanjung Malim, Sungai Buloh dan Kuala Lumpur. Terdapat perjalanan terus dari Kuala Lumpur, Bangkok dan Hatyai melalui Sungai Petani.
Lapangan terbang
Lapangan terbang terdekat dengan Sungai Petani ialah Lapangan Terbang
Antarabangsa Bayan Lepas di Pulau Pinang iaitu lebih kurang 45 km dari
pusat bandar. Selain itu, terdapat satu lapangan terbang bagi laluan
domestik di Alor Setar iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.
Senarai Bangunan Tertinggi di Sungai Petani
Dibawah adalah senarai bangunan tertinggi di Sungai Petani.Siap
Tertinggi
- Sky residences: 18 tingkat
- HSAH termasuk kolej perubatan HSAH: 15 & 13 tingkat
- Park Avenue: 12 tingkat
Sederhana Tinggi
- SP Plaza: 10 tingkat
- Emerald Puteri hotel: 7 tingkat
- Kompleks MPSPK: 7 tingkat
- Wisma Keladi: 6 tingkat
Dalam Perancangan
Tertinggi
- 3-star hotel: 18
- Sky Residences: 18
- 4-star hotel: 11.5
Sederhana
- DR Rozmey World Hotel: 6
Belum diketahui
- Kedah Convention Centre
- Kondominium di Bandar Puteri Jaya:
- Hospital di Bandar Laguna Merbok
Pendidikan
Banyak sekolah rendah dan menengah di bandar Sungai Petani. Institusi
Pengajian Tinggi Awam dan Swasta turut bertapak di bandar ini.
Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuka kampus cawangannya di Merbok, Sungai Petani. Universiti swasta AIMST turut beroperasi di pekan Bedong, dekat Sungai Petani.
Rekreasi dan Pelancongan
Pantai Merdeka
Pusat peranginan ini terletak kira-kira 40 minit perjalanan dari
pusat bandar. Perjalanan menaiki kenderaan sendiri ke pantai ini mesti
melalui Jalan Persekutuan Laluan Butterworth. Pelancong perlu melalui
pekan Tikam Batu dan seterusnya pekan Kota Kuala Muda sebelum tiba di
Pantai Merdeka.
Pantai ini juga mudah dilawati dengan menaiki bas dari
Stesen Bas Sungai Petani. Sila naik bas City Liner bernombor 26 untuk
perjalanan yang mudah dan selesa. Terdapat kemudahan perhentian bas,
chalet, tandas awam, medan selera dan gerai-gerai jualan. Pantai Merdeka
menawarkan kemudahan percutian untuk seisi keluarga. Pelancong boleh
bermandi-manda dan berkayak di pantai ini. Terdapat perkhidmatan bot
untuk pelancong pergi ke Tanjung Dawai.
The Carnivall
The Carnivall merupakan sebuah taman tema air di Sungai Petani. Taman
tema ini dibuka pada 25 Disember 2006 dan terletak kira-kira 5 km dari
pusat bandar. Sekiranya anda datang dari Lebuhraya Utara Selatan, sila
keluar ikut Exit 170-Sungai Petani Utara. Sila ambil jalan ke pusat
bandar dan terdapat kemudahan papan tanda jalan untuk ke taman tema ini.
Sila layari laman web : www.thecarnivall.com
Sungai Merbok
Sungai Merbok ialah sungai yang mengalir ke Selat Melaka dan
mempunyai hutan paya bakau. Terdapat kemudahan pelancongan di sini.
Pelancong boleh melawat Galeri Hutan Paya Bakau dan bersiar-siar di
pesisir sungai. Ada juga disediakan kemudan bot pelancong untuk mereka
yang ingin menyusuri sungai ini. Anda juga boleh berehat dan menjamu
selera di restoran makanan laut.
Tanjung Dawai
Sebuah pekan kecil di barat Sungai Petani. Pekan ini merupakan sebuah
perkampungan nelayan. Hasil laut diproses di sini untuk dijadikan
makanan. Pelancong boleh mendapatkan ikan kering, ikan bilis, ikan masin, pekasam
dan pelbagai lagi hasil makanan laut dengan harga yang berpatutan.
Perkhidmatan bas Mara Liner disediakan ke pekan ini dari bandar Sungai
Petani.
Tanjung Dawai menempatkan Kompleks Lembaga Ikan Malaysia (LKIM),
arked dan jeti Tanjung Dawai serta Medan Selera Ikan Bakar yang mampu
menggamit kedatangan pelancong dari dalam danluar negeri Kedah.
Kompleks Lembaga Ikan Malaysia (LKIM) merupakan pusat pendaratan ikan
bagi nelayan-nelayan di Tanjung Dawai. Anda dapat melihat senario
sebenar aktiviti nelayan setempat disamping dapat membeli hidupan laut
yang masih segar. Arked Tanjung Dawai memberi kemudahan kepada
pengunjung untuk membeli pelbagai produk hidupan laut samada kering atau
basah dengan tawaran harga yang berpatutan.
Jeti Tanjung Dawai yang sentiasa dikunjungi terutamanya pada musim
cuti memberi kemudahan pengangkutan ke Pantai Merdeka yang merupakan
destinasi mandi-manda yang popular di Negeri Kedah. Bayaran yang
dikenakan adalah berpatutan iaitu sebanyak RM2.00 pergi dan balik.
Bagi mereka yang datang bersama keluarga atau rakan taulan dapat
menjamu selera di Medan Selera Ikan Bakar yang menyajikan pelbagai
juadah hidupan laut. Hati yang resah pasti tenang di kala menjamu selera
sambil menikmati pemandangan lautan yang luas terbentang dengan disapa
angin petang yang nyaman.
Lembah Bujang
Merupakan tempat bersejarah kerana telah mencatatkan sejarah awal
negeri Kedah Darul Aman. Lembah Bujang kira-kira 1000 tahun lalu
merupakan pusat perdagangan dan pemerintahan Hindu-Buddha di negeri
rantau Nusantara. Kawasan ini juga menerima pengaruh Islam. Terdapat
sebuah Muzium Arkeologi di sini.
Muzium Arkeologi Lembah Bujang terletak di atas Bukit Batu Pahat yang
berada 23 km dari bandar Sungai Petani. Terletak di dalam Mukim Merbok,
Daerah Kecil Merbok. Ia adalah salah satu muzium yang mempamerkan bukti
kewujudan pusat perdagangan antarabangsa dan perkembangan ugama Hindu
Buddha di Asia Tenggara pada kurun ke 3 Masehi hingga 12 Masehi.
Dibuka secara rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah
Darul Aman pada 23 Januari 1980 bersamaan 5 Rabiulawal 1400 Hijrah.
Bahan-bahan arkeologi yang dipamerkan di Muzium ini merupakan
artifak-artifak arkeologi yang ditemui melalui kerja-kerja penyelidikan
dan ekskavasi arkeologi di tapak-tapak arkeologi di sekitar kawasan
Lembah Bujang.
Artifak arkeologi yang dipamerkan dalam Muzium ini
merupakan bahan-bahan yang membuktikan bahawa Lembah Bujang merupakan
pelabuhan antarabangsa dan pusat perdagangan yang telah dikunjungi oleh
pedagang-pedagang yang menguasai jalan perdagangan laut antara
negara-negara di timur dan barat terutama pedagang-pedagang dari China,
India dan Arab di samping pedagang-pedagang Melayu dari Kepulauan Melayu
yang menguasai perdagangan rempah ratus dan hasil hutan exotika untuk
pasaran timur jauh sejak kurun ke 5.
Di kawasan persekitaran Muzium Lembah Bujang ini dapat dilihat
tinggalan senibina candi-candi yang mempunyai kaitan dengan kepercayaan
dan pemujaan yang dapat membuktikan kewujudan dan kepercayaan agama
Hindu/ Buddha yang menjadi amalan sebahagian dari masyarakat yang
berdagang di Lembah Bujang
Sebuah air terjun mengalir di tepi muzium. Jika menaiki bas, terdapat
bas Mara Liner dan City Liner berhenti di pekan Merbok. Anda boleh
berjalan kaki atau
menaiki teksi ke Lembah Bujang.
Menara Jam Besar
Di pusat bandar terdapat sebuah bangunan bersejarah iaitu Jam Besar
yang dibina pada tahun 1936 untuk memperingati Jubli Perak King George V
dan Queen Mary.
Taman Jubli Perak
Taman ini dibina untuk memperingati sambutan Jubli Perak Sultan Kedah
iaitu Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Kemudahan medan selera, trek
joging, taman permainan, alatan sukan dan tandas awam disediakan di
taman ini. Penduduk Sungai Petani menggunakan taman ini untuk aktiviti
riadah pada sebelah pagi, petang atau hujung minggu.
Rekreasi Tupah
Terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Jerai. Pusat perkelahan
ini begitu popular di kalangan penduduk di daerah ini. Ia sentiasa
dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat terutamanya pada musim cuti
sekolah.
Kemudahan yang terdapat di pusat perkelahan ini adalah seperti surau,
tandas dan gerai makan. Terdapat juga pelbagai juadah dijual di tepi
jalan. Para pengunjung dapat bersuka ria di samping dapat melihat
kehijauan flora dan fauna di kawasan hutan simpan.
Makam Sultan Muzaffar Shah
Makam Sultan Muzaffar Shah terletak di Kampung Langgar, Mukim Bujang.
Mengikut catatan sejarah baginda adalah Sultan Kedah yang pertama
memeluk agama Islam. Sebelum memeluk agama Islam, baginda dikenali
sebagai Maharaja Derbar Raja II dan telah memerintah negeri Kedah dari
tahun 1136 hingga 1179.
Baginda memeluk agama Islam melalui seorang alim
dari Yaman iaitu Sheik Abdullah bin Sheik Ahmad bin Quamiri. Pada tahun
1179, Sultan Muzaffar Shah telah mangkat setelah baginda memerintah
Kedah selama lebih kurang 43 tahun.
Pusat Beli-belah-Pasaraya
- Central Square (The Store)
- SP Plaza (The Store)
- Tesco Sungai Petani Selatan
- Tesco Sungai Petani, Legenda Heights.
- Giant Hypermarket Sungai Petani, Jalan Lencongan Barat.
- Village Mall, Legenda Heights.
- Econsave Hypermarket, Bandar Puteri Jaya.
- Econsave, Taman Patani Jaya.
- Parkson, Petani Parade
- Giant Supermarket, Petani Parade.
- SP Centrepoint (Billion)
- G-Mart
- Amanjaya Mall (C-Mart)(baru dibuka)
- River Front City (in construction - expected to be completed by the end of 2013) (Tidak diluluskan lagi)
- AEON Jusco Perdana Heights (proposed) (Tidak diluluskan lagi)
- Mydin Mall & Hypermarket (proposed) (Tidak diluluskan lagi)
Kemudahan Awam
- Pejabat Pos Sungai Petani, Jalan Pengkalan.
- Pasar Awam Sungai Petani, Jalan Pasar.
- Stesen Bas Sungai Petani, Jalan Petri.
- Stesen Bas Ekspres Sungai Petani, Jalan Kuala Ketil.
- Telekom Malaysia, Jalan Petani.
- Tenaga Nasional Berhad, Jalan Petri.
- Hospital Sultan Abdul Halim, Jalan Lencongan Timur.
- Kompleks Mahkamah Sungai Petani, Bandar Aman jaya.
- Kastam Diraja Malaysia cawangan Sungai Petani, Bandar Aman Jaya.
- Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Kuala Muda, Jalan Petani.
- Klinik Kesihatan Bandar Sungai Petani, Jalan Badlishah.
- Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda, Jalan Badlishah.
- Penjara Sungai Petani, Jalan Badlishah.
- Masjid sebanyak 15 buah di sekitar bandar Sungai Petani
Share :
0 comments:
Post a Comment